Thursday, March 31, 2011

YES!!!!! MQA DAH SELESAI..

Alhamdulillah...

orang MQA (Malaysia Qualification Acreditation) dan panel-panel sudah balik

setelah bertahun-tahun menunggu

setelah 2 tahun menjadi Ketua Program Diploma Pengurusan Sumber Manusia

Akhirnya selesai sudah proses permohonan akreditasi

Hanya perlu tunggu feedback sahaja dari mereka
LEGA YANG AMAT!!

nak buat dedikasi sket..hehehe..

Pertama, syukur Ya Allah..kerana memberi kekuatan kepada hamba mu ini menyiapkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan untuk MQA..

Kedua, terima kasih billion-billion kali pada Ketua Program Perakaunan dan Perbankan Islam yang sama-sama berhempas pulas menghadap akreditasi serentak untuk 3 program. kes sebegini jarang-jarang berlaku.

Ketiga, terima kasih billion-billion juga pada semua pensyarah yang banyak membantu kerja-kerja belakang tabir di sebalik lawatan pihak MQA. prepare makanan, prepare file subjek, prepare diri sendiri untuk dilawati di kelas dan di temubual oleh panel MQA.

Keempat, terima kasih juta-jutaan kepada semua orang-orang besau management, kakitangan sokongan Cybernetics yang bersama membantu melicinkan proses akreditasi MQA 

Kelima, terima kasih kepada suami yang banyak bersabar mendengar rungutan-rungutan mengenai kerja MQA yang berlambak tak siap-siap walaupun satu benda pun dia tak paham..tapi buat-buat paham untuk tidak mengecikkan hati saya.

TERIMA KASIH SEMUA...


MALAM NI BOLEH TIDUR LENA



ALHAMDULILLAH..



TATA..

Monday, March 28, 2011

SILENT KILLER!

Assalamualaikum semua...

silent killer tu bukan ape pun...
tu tajuk seminar yang  di paksa pegi oleh organizer
lecturer ugut kalau tak pegi potong markah final
what the??!!


akibat ketakutan di potong markah, 
jadi saya pergi la jugak
tempat adalah di Hotel UiTM
kerana UiTM sedang mengamalkan perbelanjaan berhemah,
maka gunakan saje la HOTEL UiTM..
JIMAT

semangat jadi makin membara apabila di beritahu 
ada LUNCH FREE DI HOTEL UiTM..
yeay!! itu yang kita nak dengar sebenarnya!

Rupenye ye kawan-kawan penceramah pada hari itu adalah seorang DIETITION
tahu dietition tu hape?
eh..tak..tak...dietition tu bukan orang gemuk tengah diet
tapi seorang pakar pemakanan..

di bawah ialah pakar pemakanan tersebut
 (dia bukan gemuk, dia mungkin pregnant..
seorang dietition tak mungkin gemuk)

saya menadah telinga saje bila dia mengutuk-ngutuk fast food kesayangan saya!
padahal dah janji ngan hasbend kite nak pegi makan KFC lepas habis seminar..
isk..iskk.. 
siapa pembunuh dalam senyap kita?
pembunuh dalam senyap kita ialah MAKANAN ye kawan-kawan
ingat tu! INGAT!
Heeeeheee

Apa akan terjadi jika kita tak jaga pemakanan ye kawan-kawan?
tengok je gambar tu..baca sendiri..
malas nak explain.
kalau tak nampak pakai cermin mata!

macam biasa la, sebelum dan selepas seminar kita gambo-gambo dulu..
hehe..

 diorang ni sambil dengar ceramah, sambil kunyah bekal ..
seperti keropok ikan pedas, roti, coklat bulat-bulat, biskut, gula-gula dan lain-lain
memang tak bermotivasi langsung nak jaga pemakanan
  kikikikikiki....


 "saya hanya makan makanan sihat setiap hari, ikan yang di stim dan di panggang dan saya tidak mengambil gula dan garam yang berlebihana,..saya juga sangat berdisiplin mengikut setiap peraturan pemakanan dalam piramid makanan. selain itu, saya juga tidak makan nasi ayam penyet dengan lahapnya di medan selera depan cybernetics. sekian penipuan testimonial saya.."



 lihat, saya masih kelihatan gembira dan ceria walaupun di perli-perli tentang cara pemakanan yang di ambil setiap hari.

langsung tak terasa hati..haha..

weih korang..saya tak ingat bnyak sangat ape dietition tu cakap, tapi yang paling terpahat dalam hati dia kata sape nak diet, sarapan pagi kite boleh diganti dengan 3 biji KURMA..3 biji ye rakan-rakan..bukan 30 biji!!!

as a conclusion,
seperti yang dijanjikan lepas ceramah ada LUNCH FREE
ada lauk ayam, lauk ikan, lauk tempe,sup ayam, semua saya bedal..
oh tidak dilupakan sepotong tembikai..
takut-takut pakar pemakanan tadi round table tengok lauk saya.
jadi untuk cover line
amik la tembikai sepotong
..haha..
ceramah tersebut mungkin berkesan pada orang lain tapi bukan pada saya


TATA!




Sunday, March 27, 2011

HUTANG MAXIS BROADBAND

Hai semua...
Assalamualaikum...

saya sedang serabut
kerana khamis dan jumaat ni ada MQA visit
dunia ini bagai tiada makna lagi selain  
MQA, MQA dan MQA..
sad..sad..sedih..sedih..
saya tension!!!!!!!!!!!!!



tension makin bertambah bila... 



YURAN JALUR LEBAR SUDAH 3 BULAN TAK BAYAR!!!
HYPER TENSION!!!!!!!!!!

*SAPE NAK TOLONG BAYARKAN NO AKAUN ADA TERTERA DI ATAS..
TERIMA KASIH :(




Monday, March 21, 2011

SAYA SEDANG BERDIET..YE, BETUL! SEDANG BERDIET

salam semua...

sebenarnya saya tengah lapar...

kerana sedang berdiet maka malam-malam buta ni tak perlu la pegi ke dapur dan tengok-tengok ape yang ada...

buat sakit hati je..

cara terbaik untuk menahan lapar ialah dengan menengok saje gambar-gambar makanan..

saya berdiet dengan cara tidak makan nasik banyak sangat..jika dulu saya sarapan nasi lemak, lunch nasi goreng, dinner nasi goreng lagi...maka, "jamban" semakin melebar.hahaha.."jamban" tu ape?
NTAH! HAHAHAHAHA....


rasanya tak gemuk mana pun..cuma dalam proses kawalan supaya badan tak makin naik...kalau dah naik payah nak turun, maklum la, atas faktor umur, metabolisma semakin rendah...

tapi diet sudah rosak hari minggu yang lepas...T__T
  RASA MAS, seksyen 7, shah alam
 Askem ni sedap

 ni macam chicken chop..sos sodap

ape tah nama menu ni...tak tau tang mana sedapnya

 

 belagak! bagi ribena tak mau minum..ais lemon tea nak pulak


semasa menaip entry ni saya sedang melantak tuna dan roti..
diet ke tu??huhuu...

TATA

Sunday, March 20, 2011

JAMMING MEMBAWA BAHAGIA...

Assalamualaikum..wbt..

wah gitu..tajuk nak gempak...

Hari sabtu baru-baru ini telah beronggeng rokiah berjamming konon bajet artis padahal tidak...

pada mulanya di pelawa abang sulung menengok beliau dan bapak serta dua orang sepupu berjamming..MENENGOK SAJE pada mulanya... 

tapi akibat tak tahan menengok-nengok saje maka saya telah menumbangkan beberape buah lagu..apabila lagu sudah tumbang, maka suara sudah tercampak ke laut..

gaya nya sahaja sudah seperti membaca sajak!!


ohh..mari story skit sebanyak pengalaman saya dalam bidang nyanyian..
hahaha..
giile bajet artis betul!

sebenarnya saya sudah menceburi bidang nyanyian ini sejak di bangku sekolah lagi..haha....

oit..ni bukan cobaan okeh..ini btul-betul...
saya suka nyanyi tapi pada waktu itu masih belum sedar diri yang sebenarnya suara seperti sudah tercekik setongkol jagung..

muahaha...

okeh, ini mmg serius. di bangku sekolah rendah sudah menyertai pertandingan nyanyian dan dua kali bergelar JUARA..juara kau!..

siap caps lock bagai perkataan JUARA tuh..eh..tertekan caps lock lagi..haha

first time juara tu adalah pertandingan lagu patriotik..bahtera merdeka-Aishah...memang tak sangka memegang trofi juara (sebenarnya tak de trofi) tipu.

kali kedua adalah pertandingan lagu secara berkumpulan..dengan tidak tahu malu telah berjoget-joget dangdut lagu RINDU AH..AH..-AMELINA..maka kerana telah menebalkan muka di atas pentas jadi telah diberi gelaran Juara juga...

dan beberapa pertandingan nyanyian lain yang telah disertai di sekolah rendah tetapi keputusannya hampa belaka..hahaha...

perlu di ingat kan bahawa saya hanya menyertai pertandingan nyanyian semasa di sekolah rendah sahaja...atas galakan ibu bapak..

bukan kerana ingin menyuruh anaknya menjadi penyanyi..tidak..

tetapi untuk meningkatkan confident level sahaja supaya berani berdepan dengan orang ramai..hahaha..

bapak saya adalah seorang drummer semasa di Kluang Johor..drummer untuk PDRM bahagian semboyan ke hape aku dah tak ingat..maka dengan kudrat yang masih ada, beliau juga menyertai acara jamming pada hari tersebut..untuk kita-kita aje..dan untuk suka-suka ajee...

malas cerita banyak..mari tengok gambo..






yang penting, saya angkut anak dan suami bersama-sama supaya tidak di tuduh tak sedar diri..hahaha..

TATA..


Monday, March 14, 2011

KENA SAMAN KAH??

Di suatu pagi yang hening, tetiba ada miskol..bila di check balik..
eh..eh..anuar zain encik suami call la..jarang-jarang nih call pepagi macam ni..
pastu yang lagi pelik nya, apsal aku tak sedar encik suami call?nape tak dengar ringtone pape pun??
tiba-tiba ada suara aneh berbisik di telinga..begini bunyinya..

"wei puan sofy ngok-ngek..bukan ke henpon ko tu dah rosak?
ko yang kedekut takmo beli henpon baru kan?"

OK FINE!

jadi disebabkan henpon cap ikan aku rosak, jadi terpaksa la hantar mesej je pada encik suami..

isteri: kenapa abang call? henpon tak bunyi la..
suami: saman ni..pening betul la..

isteri: saman ape? bila kena saman?
suami: tu la susah nak cerita kalau guna mesej..Hari yang kena saman tu abang keja..macam mana boleh kena saman plak?

isteri:  Peliknya...hari kena saman tu bile?
suami: 10 hb 1. pukul 1 tengahari...hari isnin .tu yang pelik tu.

isteri: Abg ada gi memana tak? ke masa tu kita g checkup irfan.sebab tu abang cuti
suami: Abg keja..punch kad pun ada tulis keluar masuk..dah la kena kat KL-KARAK pulak tu..

isteri: Sayang rasa masa tu abang cuti la..
suami: tak lah..abang keja..

isteri: Ada orang pinjam kereta ke?
suami: Mana adee...

isteri: Abang gi KL dengan En Murad bila? (En Murad tu boss dia)
suami: bulan 3 hari khamis

isteri: Sayang takut ada orang tolong punch kad kat abang padahal masa tu abang cuti
suami: tak. abang tengok dalam sistem cuti pun tak de..memang abang keja 10 hb tu pastu 13 hb tu baru abang cuti sebab irfan demam panas tu..

isteri: Abg ada call ayah tak tadi? (ayah kite polis tau..kahkahkah)
abang: Tak pun.. kan baru ni ayah tengok kan. saman takde kan..kenapa tiba-tiba surat saman sampai rumah plak? pening lah macam ni.

isteri: CUBA ABANG INGAT BALIK, ADA TAK ABANG SPEED SAMPAI 250KM/J. PASTU ABANG RASA -RASA ABANG MACAM TENGAH BAWAK LANCER GT?? HAHAHA..
suami: Mana ada..paling laju 110 je..dah lah kena pukul 1.19 petang plak tu. Kalau keluar rehat pukul 1 pun tak kan jengka-karak 19 minit kottt...

korang rasa siapa salah?
polis salah tulis tarikh kat surat saman atau suami saya memang betul-betul tak bersalah??
NANTI KITA SETTLE BALAI..KAHKAHKAH

kalau encik suami saya kena saman pun saya tak pelik, sebab selalunya meter kereta saya yang pantau..."Abang..slow sikit..."
(sambil menjenguk-jenguk meter)
(SUAMI SAYA SELALU TAK PANDAI TENGOK METER!!)
Meter kereta di bawah ni lagi la dia tak reti tengok.
Ada hikmah nya jugak kereta ni arwah..
mihihihihihihi....


arwah dak kereta..ARWAH PADA 5/5/2009
sesiapa yang menjumpai kereta wira berwarna merah, plat seperti di atas, jenis wira..feeling-feeling mitsubihsi lancer, sila pulangkan balik..sebab seat kereta recaro tu baru pakai 2 bulan..encik suami saya menangis di sebabkan kehilangan kereta itu...KASIHAN....
heheheheheehheeh...



Sunday, March 6, 2011

TIADA NIAT PROMOTE IKEA

Haritu sudah berjanji nak bercerita tentang IKEA
haha..kemain lagi berjanji-janji...

janji palsu tu ada di sini..haha..

sekarang janji sudah tidak palsu lagi sebab saya akan buat jugak entri tentang IKEA ..
haha..konon la IKEA bayar untuk post ni kan..
takdo makno eh!

Mari menunjuk-nunjuk barang IKEA mengikut turutan barang paling beso kepada barang paling kecik...hehe..bukan menunjuk-nunjuk weih..bukan barang harga ribu riban nyee punnn...tak de makna nya nak menunjuk nye punn...(sila guna intonasi johan raja lawak)

Barang baik no 1

meja makan murah...
kerusi ada 4 ketul je...harga dalam RM195 je lebih kurang...meja kecik, sesuai untuk umah kecik..sob sob..nangis..doakan saya dapat beli meja makan lebih besar..maksudnya rumah saya pada masa itu besar, sesuai dengan meja..hikss.....
ohh..lagi satu, meja makan tu jarang-jarang bersih begitu...haha..nak amik gambar dan-dan tu jugak kemas 

biasanya atas meja ada segala susu anak, termos air panas, air kotak ribena lupe buang, kulit bawang, kunci rumah, duit syiling seposen berterabur..hahaha...
blogger ni sungguh penipu kan..cerita benda best-best jek..gambo nak yg lawa-lawa jek..

barang baik no 2

rak ni murah jugak...tah lebih kurang RM60 hengget je rasanya..tapi best rak ni. sungguh kebal..buku teks berat-berat dan tebal-tebal langsung tak terjejas olehnya...chewahh!! kemain up lagi ko puji yek..haha..

pada sesape kenal boss IKEA ni tolong pesan kat dia saya tengah promote IKEA nih..tak sudi ke campak-campak satu set sofa kat rumah ni..hahaha

barang baik no 3


Ha..notebook tu la...tapi bukan beli kat IKEA..haha..meja merah cun melecun tu IKEA punye product.. ni pun murah gilo..RM29.90 macam tu le harga nya..saya suke sebab murah dan mudah pasang...sungguh user friendly..ringan pulak tu..bagus!!...senang irfan main tolak-tolak..wuwuuuuu....

barang baik no 4


ini dia kerusi makan irfan..sungguh comel dan memang sesuai ngan meja makan saya..penting untuk pilih warna yang sama dengan meja makan kerana irfan akan rasa terpinggir bila kerusi dia warna merah tiba-tiba..hahaha..tak-tak..memang warna ni je ada..berapa harga? RM65 hengget saje..ok la..

yang penting, kerusi ini adalah tempat meletak irfan ketika beliau tak reti dok diam. bagus..senang sikit mak kau nak buat kerja!!

barang baik no 5, 6, dan 7
 ini jam murahan. cuma RM3 gitu la..murah tapi tahan lama..sungguh tak sangka..mihihihi..
sebab ingatkan jangka hayatnya cuma 3 hari kerana harganya cuma RM3.


Pembuka tin ni memang sumpah tak ingat berapa harganya..kirim kat orang tolong beli..umur dah 2 tahun tapi masih tajam lagi kau!! hebat sungguh bukan?  haha..gile promote
pisau ni tah berapa hengget tah..cantik tapi cepat tumpul..kena asah banyak kali huhu..
sebenarnya ada lagi, tapi malas nak cerita, dulang la, cadar la, periuk la, tapi sungguh bagus kerana semuanya masih lagi dalam keadaan baik, kecuali periuk yg sudah hitam legam..(itu bukti saya rajin memasak) haha

kesimpulan nye apa ye kawan-kawan?
kesimpulannya, saya hanya beli barang murahan saja di IKEA...yang mahal-mahal saya tengok-tengok saja sambil nangis dalam hati..sobs...sobs..

TATA..