Salam semua....
Lepas balik dari Cherating haritu, seperti dalam perancangan, kitorang pun pegi la Melaka pulak..konon-konon bercuti sempena Anniversary..
Anniversary kat Melaka jek??
Haah. biar lah. Kau adee?? hehehehe...
Kami telah meng"check-in" di Everly Resort Hotel Malacca. Area Tanjung Kling. sederet dengan pantai Klebang...
room rate ok, room besar dan best, swimming pool excellent..
swimming pool tu sebenornye yang penting, sonang irfan nak berendam sampai kecut satu badan.
pandangan depan hotel...tengok real lagi
cantik
area garden and swimming pool
pool lagi..cantik kan..swimming pool agak besar jugak..best
entrance
bilik bersih, besar dan cantik
pantry
bathroom
lepaking area..
budak over terlebih teruja
Dari Jengka kitorang bertolak pukul 10.00 pagi gitu, terus ke Melaka. cari hotel tu bapak la senang nye. sampai dalam pukul 2 petang. just nice untuk check-in hotel.
sampai je letak beg dalam bilik terus keluar berjalan-jalan kat taman ngan area swimming pool dia..best woh..chantik gile pemandangan.
maklum la weekdays..memang heaven la dok situ sebab tak ramai orang.
petang dan malam nye pulak pegi bejalan area melaka dan pekena asam pedas melaka terbaik dari ladang ever..sodap weih..tak ingat plak kedai tu kat mane tapi area bandar melaka jugak.
Pagi-pagi buta, tak yah kecoh nak mandi, terus gi turun breakfast kat coffee house hotel, harus la breakfast kat situ sebab free. klau berbayor tak kuasa mak nak perabih duit nok..lepas tu, terus keceburr...bawak si irfan mandi pool. mak tak nak la berendam..jadi tukang amik gambo lagi bagus.
sampai bengkak mata terlebih berendam
Biasa la, melaka ape je yang ada selain tempat bersejarah..kena pegi la jugak. baru le orang kata berjalan ke Melaka..sempat la pegi A Famosa, Naik beca, pegi Muzium Kesultanan Melayu Melaka, dan banyak lagi jadi malas nak cerita maka sila tengok saje gambo di bawah.
balik nya harus membeli belah, makanan, baju-bajuan, dan segala benda semua untuk orang di KL dan Jengka..penyudahnya, bila check-check balik, barang untuk diri sendiri tak de..
T___T.
ok dah, tu je nak cerita
bila resize gambar jadi kabur plak dia..
mencik...:(
TATA