Wednesday, April 27, 2011

SAPU SAWANG JAP....

Sila jangan baca entry ini..

saye datang nak sapu-sapu sawang je ni




kang orang kata pengotor lak sebab tempat ni berhabuk berdaki bagai...


tepi sikit...nak sapu2 ni...


will update later okeh


bye...

Monday, April 11, 2011

CERITA SAYA..


hai.....assalamualaikum semua, nama saya irfan. saya berumur 1 tahun 2 bulan. hari ni, saya nak tolong mama saya update blog. dah lama mama tak update blog dia..jadi biar saya tolong mama..
hehe

 di sebabkan saya yang update blog, jadi cerita ini ialah cerita saya. 

cerita mama tiada di sini..
 
 
 harini saya nak bawak kawan-kawan pegi jalan-jalan dekat laman budaya Shah Alam. 
hai semua, ini pintu depan laman budaya..

 ok, cuba tengok tangan saya. di sekitar taman ni ada banyak sangat pokok-pokok dan bunga-bunga..maaf ye kawan-kawan, saya tak dapat tunjuk dekat-dekat sebab mama saya kata kalau pegi dekat sana nanti dia cubit..mama saya suka cubit pipi saya kalau saya degil.


semua dah nampak pintu gerbang? jadi jom kita masuk dalam

  ok kawan-kawan, dekat depan sana ada banyak awek -awek cun tengah jalan-jalan..jom pegi usha..mana tau kot-kot ada awek cun macam mia sara..mama saya kata kalau nak cari awek cari yang comel
macam mia tu..hehe

opocot!! tekejut saya. ingatkan ape tadi.
rupanya kucing hitam tengah melintas depan saya.
tepi sikit kucing, nanti saya pijak kaki kau baru tau!

 lepas saya letih, saya pun berehat-rehat sebentar di kerusi panjang dekat taman tu..tapi saya tak pandai naik sendiri..papa saya yang dukung saya..comel kan saya

 lepas bosan duduk dekat kerusi tadi, saya duduk pulak dekat kerusi ni..tapi saya tak suka kerusi ni..sebab tu saya berusaha nak turun.

 bila cuaca terlalu panas, saya tak selesa..saya pun rasa sebak dan macam nak menangis.
saya memang cengeng orangnya...tapi orang jawa panggil gembeng, orang negeri sembilan panggil kememe.
tapi saya kata WHATEVER!

 jadi, saya pun menangis. kalau tengok mulut saya tu mesti semua dah tau saya nangis kuat ke tak
 kan
 lepas nangis saya main semula..saya suka belakon sebenarnya..tadi saya ngade-ngade saje

 saya gmbira masa ni..yeay! yeay!

 lepas saya letih saya pun duduk dekat depan tasik

ni mama saya..dia gemuk kan kawan-kawan? mama saya degil.papa saya selalu suruh mama pegi jogging. tapi mama saya tanak..mama kata kat saya, tido lagi best
 ni saya cuba nak lari jauh-jauh dari mama saya

 tu saya tunjuk awek lagi..papa pun tunjuk awek juga..mama saya tak marah sebab mama saya sporting.

hai semua, saya duduk celah batu.macam anak jin

saya nak balik dah ni..sebab saya dah terberak dalam seluar.

bye!

Wednesday, April 6, 2011

AKU TAK KACAU RUMAHTANGGA KAU!

Salam...

sentap tak baca tajuk mak??

tak reti la nak mula macam mana
huhu..

pahamkan betul-betul cerita ni ea..kisah ni complicated sikit..kang kalau korang tak paham nanti payah pulak..

sedia..mula


malam semalam berlaku kejadian di mana Irfan main-main phone aku dan tetiba terdail nombor seorang lelaki (kawan aku) yang sudah berkahwin...sejurus selepas tersilap dail tu, terus aku hantar mesej kat laki tu bagitau macam ni

" Wei Abu (bukan nama sebenar)..sorry2 , anak aku main phone tadi terdail nombor ko..dah la nama ko atas sekali dalam list phone book henpon aku..hehe..(sebab nama dia bermula huruf A)- SAUFEE


baik tak aku siap bersori-sori bagai dengan Abu? Baik kan...sebab aku takut bini Abu salah paham pulak bila ada pompuan call pukul 11.30 malam.

paham cerita??


ok paham....boleh teruskan.


petang tadi, seperti yang dah dijangka, bini si Abu telefon aku dan marah-marah dan menangis-nangis bagitau dia dah perang besar dengan laki dia sebab dia kata aku ganggu rumah tangga dia..aku try explain bagitau dia anak aku yang tercall nombor laki dia tu.

tanpa berpikir panjang pompuan tu pun letak talipon dan aku tak sempat nak explain pape

wei pompuan, ko ni dah main kasar ni..aku cakap baik-baik ko letak phone pulak! bile call balik off phone!

Dasar kau pompuan village!


jadi dan-dan tu jugak aku call laki dia and bagitau begini

"wei pehal bini ko call aku serang-serang aku kat phone ni?"

"anak aku semalam main henpon aku la wei...terdail nombor kau"

bukan nak goda kau pun! ngok!

laki tu cakap, "aku dah explain tapi bini aku tak percaya, ko la explain"

lepas tu aku jawab "woih, ko la explain dh ko tu laki dia, kalau kau explain pun dia tak dengar, aku explain dia nak la dengar ea??


jadi aku mengambil keputusan bagitau laki aku pasal ni. nasib laki mak positif nok. walaupun laki mak pun kategori duduk kat village tapi pemikiran tak village okeh.  dia kata jangan layan sangat..kang kita jadi bodoh sama kalau layan sangat pompuan tu..

baiklah, aku ikut kata laki aku. nak ikutkan hati nak je aku bagi mesej maki hamun pompuan tu nak bagitau cik adik, jangan la perasan sangat laki ko tu hot sampai aku nak berebut-rebut...
MEMANG TAK LA WEIH!!

lagi satu, ko ingat mak ni hot macam JLO ke sampai ko nak jealous tak pasal-pasal nih?

tapi laki aku tak bagi gaduh-gaduh jadi aku diam sampai sekarang



benci dow tiba-tiba ada pompuan call serang-serang ni...siap nangis-nangis lagi..mak ni hot sangat ke nok sampai ko nak sentap sangat? babe...gua dah ada laki ngan anak la ...buat ape nak terhegeh-hegeh dengan laki kau! bukan jutawan ada title Tan Sri ke hape pun...baru termiskoll nombor laki ko pun ko dah sentap. village sungguh!!

kalau tersalah hantar mesej ke ada point jugak la ko nak serang aku..konon-konon aku bersayang-sayang ngan laki ko. tapi masalahnye termiskoll je weih...

sila jaga laki ko supaya laki ko tak lari sebab tak tahan ngan perangai jelous nak mati ko tuh!


INGAT, DALAM PERKAHWINAN KENA ADA TRUST. KALAU LAKI KO PUN KO TAK PECAYA SIAP NAK TUDUH-TUDUH ADA SKANDAL, PEGI SOROK LAKI KO DALAM PETI AIS LA WEIH..SENANG. HATI PUN TAK SAKIT.

TATA