ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Kaedah didikan saya kepada anak pada waktu ini lebih menjurus kepada cara berlemah-lembut dan tidak berbentuk amaran..jauh sekali menengking dan memarahi anak. Mungkin ada yang mengatakan bahawa saya terlalu memanjakan anak. Tapi itu lah sebenarnya sifat ibu yang begitu menyayangi anak dan meletakkan sepenuh kasih sayang semasa mendidik..
sakit bersalin pun belum boleh lupa lagi beb...
Yang merasa sakit tu saya, jadi saya tak akan mensia-siakan usia bayi anak dengan bunyi bebelan dan tengkingan sahaja. Bagi saya, zaman mendidik anak dengan rotan dan bebelan sudah berlalu. Ibu bapa zaman sekarang lebih perlu bersikap terbuka dalam soal didikan..Didikan pada hari ini perlu setanding dengan peredaran zaman juga. Tetapi, jika ada yang berpendapat dengan memarahi anak dapat memotivasi kan mereka, tepuk dada tanya iman. Saya pernah melihat sebuah keluarga yang anak-anaknya sangat berjaya tetapi penuh dengan didikan kasih sayang dari ibubapa.
Jangan kerana dulu dipukul ibu, kita juga balas semula dengan anak-anak..
artikel dibawah ini saya dapat dari SINI untuk dikongsi bersama
Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
SEKIAN, TATA...
yup betul.. kita kena nasihatkan dia.. but dalam masa yang sama, kita pun kena bertegas.... =)
ReplyDeleteYes kak...setuju...bertegas bukan bermaksud marah.
ReplyDelete