Monday, February 28, 2011

ISTERI DERHAKA

Salam..hehee..takut tak tengok tajuk gitu?..HEHEHE

Setiap isteri sebenarnya takut tergolong dalam kategori isteri derhaka ..huhu..sape nak free-free masuk neraka ye tak...ada banyak sangat ciri-ciri isteri derhaka..korang google la, berderet-deret information yang boleh di ambil sebagai pengajaran dan dijadikan sebagai nasihat.  Kadang kala, si isteri boleh dengan senangnya terlepas laku atau terlepas kata di hadapan suami padahal dia tahu kesan atas perbuatannya...

Disamping mengingatkan diri sendiri, saya juga mengingatkan kawan-kawan blog semua (haha..macam la ramai sgt kawan blog)...kadang-kadang, perlakukan yang kita anggap kecil tapi sebenarnya kesannya amat besar...cuma kita je antara sedar atau tak....

Tahukah anda, (chewah....kemain lagi ayat) berpaling dari muka suami apabila sedang bercakap juga boleh dianggap berdosa? Tahu? so berapa kali kita tak pandang muka suami apabila sedang bercakap dengan dia? saya cakap macam ni bukan sebab saya perfect..saje nak mengingatkan diri sendiri juga...sebab saya adalah antara isteri yang degil dan tidak mengikut perintah..heeeee...

Tapi ada beberapa perkara yang saya amat risaukan...saya takut termasuk dalam golongan derhaka kerana saya...
  1. jarang dan hampir tiada masa untuk masak dirumah setiap weekend/ hari biasa memang tak masak langsung sebab husband tak de kat rumah
  2. selalu membiarkan (sebenarnya menyuruh) husband buat susu anak...huhu
  3. tutup telinga sendiri dan tutup telinga irfan sekali bila hsband memulakan ceramah/membebel..dan kami berdua ketawa-ketawa..hehehe..
  4. hanya membuat milo ketika di minta..hehee..loser sungguh si isteri
  5. menyuruh husband kemas rumah sama-sama...kerana ingin mengurangkan beban diri sendiri
  6. berebut broadband di rumah kerana husband ada broadband sendiri tapi tak mo guna.
  7. mengemop lantai sebulan sekali
  8. tidak pergi berjogging seperti yang diperintahkan (bile masa dow nak jogging)
  9. sebenarnya banyak lagi tapi msalah rumah tangga tak yah le share kt sini..hahahaha...
Jadi....untuk suami ku tersayang, maaf kan isterimu jika selama ini menjadi isteri separa derhaka (belum derhaka sepenuhnya)...dan isterimu ini akan cuba berubah kearah yang lebih baik... doakan yeee AMINN..

4 comments:

  1. diharapkan jd ikhtibar pe yg ditulis...mmg kte sbg wife x perfect, kekadang kte xtau n xnk amek tau ape yg kte da lakukan pd suami...so, same2 la kte kd isteri yg diberkati oleh ALLAH S.W.T. ;-)

    ReplyDelete
  2. Bagus nyer lah kalau bini saya berfikiran macam awak.....

    ReplyDelete
  3. ku harap isteri ku pon akan berfikir sebegini..

    ReplyDelete
  4. Apa yg dipaparkan tak seteruk apa yg isteri saya buat pd saya.namun sekurangxnya puan ada niat utk berubah.saya pun dok bertahan kerana anak sahaja.kadangkala ada terfikir jugak nak melepaskan dia namun saya bimbang akan memberi kesan negatif pd anakx.moga Allah memberi kesabaran kepada saya dan kesedaran pd steri.insyaAllah.amin

    ReplyDelete