Sunday, March 20, 2011

JAMMING MEMBAWA BAHAGIA...

Assalamualaikum..wbt..

wah gitu..tajuk nak gempak...

Hari sabtu baru-baru ini telah beronggeng rokiah berjamming konon bajet artis padahal tidak...

pada mulanya di pelawa abang sulung menengok beliau dan bapak serta dua orang sepupu berjamming..MENENGOK SAJE pada mulanya... 

tapi akibat tak tahan menengok-nengok saje maka saya telah menumbangkan beberape buah lagu..apabila lagu sudah tumbang, maka suara sudah tercampak ke laut..

gaya nya sahaja sudah seperti membaca sajak!!


ohh..mari story skit sebanyak pengalaman saya dalam bidang nyanyian..
hahaha..
giile bajet artis betul!

sebenarnya saya sudah menceburi bidang nyanyian ini sejak di bangku sekolah lagi..haha....

oit..ni bukan cobaan okeh..ini btul-betul...
saya suka nyanyi tapi pada waktu itu masih belum sedar diri yang sebenarnya suara seperti sudah tercekik setongkol jagung..

muahaha...

okeh, ini mmg serius. di bangku sekolah rendah sudah menyertai pertandingan nyanyian dan dua kali bergelar JUARA..juara kau!..

siap caps lock bagai perkataan JUARA tuh..eh..tertekan caps lock lagi..haha

first time juara tu adalah pertandingan lagu patriotik..bahtera merdeka-Aishah...memang tak sangka memegang trofi juara (sebenarnya tak de trofi) tipu.

kali kedua adalah pertandingan lagu secara berkumpulan..dengan tidak tahu malu telah berjoget-joget dangdut lagu RINDU AH..AH..-AMELINA..maka kerana telah menebalkan muka di atas pentas jadi telah diberi gelaran Juara juga...

dan beberapa pertandingan nyanyian lain yang telah disertai di sekolah rendah tetapi keputusannya hampa belaka..hahaha...

perlu di ingat kan bahawa saya hanya menyertai pertandingan nyanyian semasa di sekolah rendah sahaja...atas galakan ibu bapak..

bukan kerana ingin menyuruh anaknya menjadi penyanyi..tidak..

tetapi untuk meningkatkan confident level sahaja supaya berani berdepan dengan orang ramai..hahaha..

bapak saya adalah seorang drummer semasa di Kluang Johor..drummer untuk PDRM bahagian semboyan ke hape aku dah tak ingat..maka dengan kudrat yang masih ada, beliau juga menyertai acara jamming pada hari tersebut..untuk kita-kita aje..dan untuk suka-suka ajee...

malas cerita banyak..mari tengok gambo..






yang penting, saya angkut anak dan suami bersama-sama supaya tidak di tuduh tak sedar diri..hahaha..

TATA..


4 comments:

  1. Woi ko terer nyanyi ek...pasni bole pergi karok dengan aku..tapi sore aku mcm jembalang tanah la...huhu

    ReplyDelete
  2. kahkah..terer hape nya weiii..suara sume kelaut...gambar tak boleh kuar suara..kalau keluar mau meletup laptop ko nanti..haha

    ReplyDelete
  3. wahh artis saibernetik... hhuhuhuhu

    ReplyDelete