Thursday, March 31, 2011

YES!!!!! MQA DAH SELESAI..

Alhamdulillah...

orang MQA (Malaysia Qualification Acreditation) dan panel-panel sudah balik

setelah bertahun-tahun menunggu

setelah 2 tahun menjadi Ketua Program Diploma Pengurusan Sumber Manusia

Akhirnya selesai sudah proses permohonan akreditasi

Hanya perlu tunggu feedback sahaja dari mereka
LEGA YANG AMAT!!

nak buat dedikasi sket..hehehe..

Pertama, syukur Ya Allah..kerana memberi kekuatan kepada hamba mu ini menyiapkan segala dokumen-dokumen yang diperlukan untuk MQA..

Kedua, terima kasih billion-billion kali pada Ketua Program Perakaunan dan Perbankan Islam yang sama-sama berhempas pulas menghadap akreditasi serentak untuk 3 program. kes sebegini jarang-jarang berlaku.

Ketiga, terima kasih billion-billion juga pada semua pensyarah yang banyak membantu kerja-kerja belakang tabir di sebalik lawatan pihak MQA. prepare makanan, prepare file subjek, prepare diri sendiri untuk dilawati di kelas dan di temubual oleh panel MQA.

Keempat, terima kasih juta-jutaan kepada semua orang-orang besau management, kakitangan sokongan Cybernetics yang bersama membantu melicinkan proses akreditasi MQA 

Kelima, terima kasih kepada suami yang banyak bersabar mendengar rungutan-rungutan mengenai kerja MQA yang berlambak tak siap-siap walaupun satu benda pun dia tak paham..tapi buat-buat paham untuk tidak mengecikkan hati saya.

TERIMA KASIH SEMUA...


MALAM NI BOLEH TIDUR LENA



ALHAMDULILLAH..



TATA..

2 comments: